Tsakhiagiin Elbegdorj
Tsakhiagiin Elbegdorj

Tsakhiagiin Elbegdorj

Tsakhiagiin Elbegdorj (Bahasa Mongolia: Цахиагийн Элбэгдорж, juga dipanggil Elbegdorj Tsakhia; lahir 30 Mac 1963) ialah Presiden Mongolia keempat dan semasa. Elbegdorj merupakan seorang pemimpin demokrasi utama di Asia Tengah.[1] Elbegdorj merupakan salah seorang pemimpin utama dalam revolusi 1990 yang menamatkan 70 tahun pemerintahan komunis.[2] Elbegdorj telah menjadi Presiden Mongolia dua penggal, Perdana Menteri Mongolia dua kali, naib speaker Parlimen Mongolia sekali, pemimpin majoriti parlimen sekali, dan anggota parlimen empat kali. Beliau juga terlibat merangka perlembagaan 1992 negara itu.Elbegdorj menjadi perdana menteri buat kali pertama pada 1998, selama hampir lapan bulan. Beliau menjawat sekali lagi pada 2004 hingga 2006. Pada 2009, Elbegdorj terplih sebagai calon presiden Parti Demokratik. Beliau kemudian menewaskan presiden Nambaryn Enkhbayar dalam pilihan raya pada Mei 2009. Dalam pilihan raya seterusnya pada Jun 2013, Elbegdorj berjaya mengekalkan jawatannya dengan 50.23% jumlah undi.[3]

Tsakhiagiin Elbegdorj

Lahir (1963-03-30) 30 Mac 1963 (umur 56)
Zereg, Khovd, Mongolia
Didahului oleh Mendsaikhany Enkhsaikhan
Tandatangan
Alma mater Akademi Tentera Petro Sahaydachyi di Lviv, Ukraine
Universiti Colorado, Boulder
Universiti Harvard
Pasangan Khajidsurengiin Bolormaa
Digantikan oleh Janlavyn Narantsatsralt
Parti politik Parti Demokratik
Anak-anak 4 anak lelaki
20 anak angkat
Laman sesawang www.president.mn
Presiden Natsagiin Bagabandi
Perdana Menteri Sanjaagiin Bayar
Sükhbaataryn Batbold
Norovyn Altankhuyag